Tuesday 21 January 2014

Ada bas tak, Jeli - KL?

Saya terima beberapa pertanyaan mengenai bas Jeli-KL-Jeli. Jangan bimbang! Wahai anak-anak dan ibubapa. Bas Jeli-KL dan sebaliknya ada perkhidmatannya. Nama syarikat ialah Mutiara, buatlah bajet dalam rm50 satu trip. Trip pagi dan satu lagi trip malam di kedua-dua lokasi Jeli dan KL. Kalau ambil trip pagi dari Jeli ke KL, bagi yang kampungnya di Kelang boleh terus ke sana selepas itu. Kalau ambil trip malam dari Jeli ke KL, bagi yang kampungnya di Kajang, boleh terus ke sana selepas itu. Di Jeli, stesen basnya ada di dalam pekan Jeli itu sendiri. Kaunter tiket terdapat di kedai yang bersebelah dengan tandas awam di stesen bas. Di KL, stesen basnya ialah di Hentian Putra bertentangan dengan bangunan PWTC. Ikut pengalaman, dari Kajang ke Jeli ada bas pada waktu 8 pagi dan 8.30 malam.

Monday 20 January 2014

Boleh bawa handphone tak?

Saya terima soalan ini daripada beberapa bakal pelajar dan ibu bapa. Nak tau, secara prinsipnya handphone tidak dibenarkan di JeSS. Tetapi atas ihsan sekolah ada kelonggaran diberi. Handphone dibenarkan bawa tetapi di hari persekolahan akan disimpan oleh warden. Pelajar-pelajar dibenarkan ambil dan guna di waktu mahu balik ke kampung. Saya rasa itu adil. Waktu persekolahan tidak boleh diganggu. Lagi pun ibubapa dah maklum mengenai perkara ini dan bila anak-anak dihantar ke situ maknanya ibubapa sendiri setuju dengan peraturan yang ada, kan?

Thursday 2 January 2014

Yuran JeSS 2014

Sewaktu pendaftaran pada 31 Disember 2013 saya merisik-risik yuran JeSS; untuk asrama dan makan. Jumlah yang diberitahu kepada saya bagi pelajar tingkatan 2 dan 5 untuk tahun 2014 ialah:

(A) RM 858 bagi pendapatan bulanan ibubapa lebihi RM5,000.

(B) RM 286 bagi pendapatan bulanan ibubapa tidak melebihi RM5,000.

Yuran PIBG akan diberitahu kemudian.

Masuk tingkatan 2.

Jam 8.30 malam, 27 Disember 2013, anak dihantar ke stesen bas kajang untuk balik ke Jeli. Baju panas, roti dan air dibekal sama. Barang-barang tidak banyak dibawa. Anak saya awal ke JeSS untuk ikuti program sekolah, dia kata buat kertas kerja tapi saya syak dia ikuti kursus, anak saya dalam tim PRS.  Tim pengawas juga turut serta.

31 Disember 2013, saya pula ke JeSS, jam 7.10 pagi bergerak ke sana dengan kereta dan jam 2.30 petang saya tiba.  Kehadiran saya adalah untuk pendaftaran anak ke tingkatan 2. Semua barang-barang anak saya bawa sekali. Sebelum tiba di Jeli, saya singgah di R&R Jelawang, belikan nasi goreng untuk anak, nasi gorengnya tidak mengecewakan saya, habis dimakan. Setelah itu, saya ke dewan besar untuk mendaftar, saya ingatkan yuran perlu dibayar sekali tapi rupanya bayaran yuran bukan pada hari itu. Sempat saya bersembang dengan cikgu saiful.

Usai di dewan, saya dan anak ke pekan Jeli, beberapa barang keperluan dibeli, boleh lagi tawar menawar, pekedai-pekedai begitu ramah. Jam 3.40 petang, kami kembali ke JeSS, barang-barang diangkut semua ke dorm dan anak dipeluk cium. Jam 4.10 petang, saya keluar dari situ. Tiba di Semenyih jam 12.25 pagi. Hampir 18 jam tanpa rehat untuk 800km pergi dan balik.

Friday 26 April 2013

Saluran komunikasi ibubapa

Saya fikir untuk kebaikan semua ibu bapa di lembah kelang iaitu di Selangor maka saya telah membentuk grup whatsapp bagi telefon pintar dari seawal bulan Mac tahun 2013.  Beberapa ibu dan bapa telahpun sudi menyertainya.  Bagi ibu bapa yang anak mereka berada di JeSS jika ada yang sudi boleh menyatakan nombor telefon masing-masing secara sms ke talian 0197283877. Bilangan adalah terhad sehingga 30 orang sahaja.

Kemudian pada malam ini, terfikir pula saya untuk membentuk grup FB  bagi ibubapa yang tidak menggunakan aplikasi whatsapp. Bagi ibu bapa yang membaca blog ini dan ingin menyertainya boleh pm saya ke ID enche takeo. Grup ini pula terbuka kepada semua ibu bapa dan tidak terhad untuk kawasan lembah kelang sahaja.

Kedua-dua saluran ini bertujuan untuk membolehkan ibubapa berbincang sesama sendiri hal anak-anak dan sekolah, bertukar pandangan dan meminta bantuan.  Di samping itu, boleh juga menjadi wadah mengeratkan silaturahim sesama ibu bapa.

Thursday 11 April 2013

Waktu berlapang-lapang di JeSS

Waktu menjengah anak-anak ialah pada hari Jumaat dan sabtu. Pelawat perlu lapor diri dan mengisi borang.

Untuk pulang ke rumah dibenarkan sekali dalam sebulan.

Bagi hari lain, lawatan tidak dibenarkan tetapi jika ingin menitipkan barang keperluan, tinggalkan saja di pondok pengawal keselamatan.

Tuesday 9 April 2013

Harga sebuah sekolah

Sekolah ini berharga lebih rm82 juta dan kos bangunan sahaja mencecah rm66 juta.
Sekolah ini mempunyai 30 buah kelas untuk keperluan 900 orang pelajar.  Asrama pula, 3 buah blok untuk putra dan 3 blok lagi untuk puteri. Dibuka pada 24 disember 2012.

Satu usaha kerajaan dalam memberikan pendidikan kepada rakyat.

Nota: Petikan dari ucapan-ucapan semasa pendaftaran tempoh hari.