
Jam 12 tengahari, To' Pa tiba merasmikan sekolah ini dan sekolah ini akan dikenali dengan panggilan JeSS (Jeli Science School). Makan tengahari ditaja oleh pemaju dengan 2 ekor lembu ditumbangkan. Usai solat di surau, kami anak beranak bergegas ke dorm pelajar, jam menunjukan jam 2.30 pm. Hujan rebas-rebas.

Jam 3.15 pm, kami ke Pekan Jeli semula mencari barangan tertinggal, sejadah umpamanya selain air minuman. Sejak masuk ke kawasan asrama, saya belum nampak mesin water-cooler/ heater untuk bekalan minuman pelajar-pelajar. Katanya ada sentakuki @ mesin basuh tapi saya tidak nampak pula. Secara amnya, dorm yang disediakan nampak selesa dan tidak padat; 8 orang sedorm.

Jam 4.30 pm, kami tiba semula di asrama, aktiviti orientasi akan bermula jam 5 pm. Anak, saya peluk dan cium puas-puas sebelum berpisah. Saya berdoa dia boleh survive dengan kehidupan di JeSS.
No comments:
Post a Comment