Menjelang malam selepas maghrib saya habis masa di Masjid Jeli sehingga selesai solat Isyak. Untuk membeli barangan pada waktu malam saya cadangkan membelinya di Petronas dan Shell yang kesemuanya berada di route lebuhraya timur-barat (Jalan Grik-Pasir Puteh) dan terletak antara R&R Jeli dan sebelum persimpangan pertama dan kedua ke Pekan Jeli,.

Pagi esoknya saya berangkat pulang melalui jalan Jeli-Jelawang-Gua Musang. Rupa-rupanya dalam perjalanan itu, terdapat 2 lokasi R&R iaitu di Kuala Balah (http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuala_Balah) dan Jelawang (http://ms.wikipedia.org/wiki/Laluan_Persekutuan_Malaysia_66) sebelum mengambil simpang ke kanan untuk ke Gua Musang. Selepas simpang itu, suasana agak sunyi dan permukaan jalanraya tidak begitu bagus. Ada simpang-simpang masuk ke kawasan pembalakan, kelihatan juga air terjun gunung Stong (http://www.mddabong.gov.my/gunung) yang begitu menawan hati di sebelah kanan. Saya tidak rekomen untuk membuat perjalanan di waktu malam di jalan-jalan seperti ini. Tapi saya teringat akan satu papan iklan besar bahawa jalan Jeli-Jelawang-Gua Musang akan diperelok untuk kemudahan semua. Saya berdoa supaya hasrat itu berjaya dengan mudah.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1.5 jam dan saya berehat kemudian di Hentian Gua Musang sambil menghabiskan sebotol Red Bull.
No comments:
Post a Comment